MAKLUMAT PERJALANAN KE BEIJING
Berikut adalah beberapa maklumat penting untuk perhatian peserta:
1. Para peserta hendaklah menyemak jadual penerbangan yang dilampirkan bagi mengetahui tarikh dan nombor penerbangan pergi-balik ke Beijing, China. Semua peserta yang dijadualkan berlepas dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dikehendaki berada di lapangan terbang TIGA JAM sebelum dijadualkan berlepas bagi tujuan pendaftaran. Wakil agen pelancongan akan menguruskan pendaftaran, dan menyerahkan passport serta visa perjalanan kepada peserta. Agen pelancongan yang dilantik oleh Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia untuk menguruskan perjalanan dan penginapan peserta sepanjang tempoh seminar dan lawatan di Beijing, China ialah One2Go Travel & Tours. Agen dapat dihubungi melalui e-mel: one2gotravel@yahoo.com atau tel: 019-4725587.
2. Untuk makluman peserta, perjalanan pergi dari rumah ke lapangan terbang (Pulau Pinang atau Kuala Lumpur) dan perjalanan balik dari lapangan terbang hendaklah diurus sendiri oleh peserta dan pihak penganjur seminar tidak menanggung sebarang bayaran perjalanan atau penginapan bagi tujuan berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak penganjur bersetuju membeli perlindungan insurans untuk semua peserta yang mengikuti rombongan ini.
3. Seminar akan diadakan di Beijing Laurel Hotel, Beijing, China dan hotel berkenaan juga menjadi tempat menginap semua peserta sepanjang tempoh program. Penginapan peserta (individu) berdasarkan perkongsian dua orang peserta sebilik atau berdasarkan hubungan keluarga. Permohonan untuk bertukar pasangan (individu) tidak digalakkan.
Salam hormat.
HO/Urus Setia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan