Ahad, 9 Mei 2010

Laporan Kunjung Bantu Fasa 1 SMK Banang Jaya

Laporan Program Kunjung Bantu
Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Fasa 1 2010
Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat Dengan Kerjasama
Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat
4 FEBRUARI 2010


Nama sekolah : SMK Banang Jaya

Nama pemantau : Tn.Hj. Osman Bin
Pen,Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat

Pn.Nursidah Binti Ab.Hamid
GC Bahasa Melayu
SMK Dato Syed Esa

Pn.Nooraini Binti Pairuk
GC Bahasa Melayu
SMK Datuk Menteri

Guru dipantau Pn.Azilah Binti Muharam
Tingkatan 3 Firus & Tingkatan 3 Intan

Cik Sirianizal Binti Fauzi
Tingkatan 1RK

Cik Zuriati Binti Wahab
Tingkatan 4 Geliga

Pn.Siti Aisyah Binti Abdul wahab
Tingkatan 1 Baiduri

Pn.Siti Nazurah Binti Kosnaen
Tingkatan 5 Berlian

Pn.Hasfazila Binti Senin
Tingkatan 5 Mutiara


Aspek yang dipantau
Kekuatan

Kelemahan
1.1 rancangan pelajaran tahunan
/

1.2 rancangan pelajaran harian
/

1.3 penyampaian guru
/





Aspek yang dipantau
Kekuatan

Kelemahan
1.4 Teknik penyoalan

/
1.5 Murid yang mengikuti pelajaran dan pem belajaran
/

1.6 Kerja peneguhan yang diberikan oleh guru
/

1.7 Latihan atau tugasan yang diberikan
/

1.8 Cara guru mengakhiri pengajaran

/
1.9 Cara guru memeriksa latihan murid
/

1.10 Cara murid membuat latihan
/

1.11 Guru menguruskan kelas
/



ULASAN :

Secara keseluruhannya, hasil pemanutauan terhadap guru-guru Bahasa Melayu di SMK Banang Jaya mendapati guru-guru tersebut merupakan guru yang berpotensi dan bersungguh-sungguh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru boleh mengawal kelas dengan baik, menggunakan BBM yang disesuaikan dengan langkah pengajaran dan pembelajaran, memberi tugasan murid dan mengajar secara ansur maju.

Sungguhpun begitu terdapat juga beberapa kelemahan guru terebut namun kelemahan tersebut tidalah begitu ketara dan kurang menjeaskan pencapaian murid tetapi mewujudkan kerjaya guru yang kurang terurus seperti buku latihan murid tidak diperiksa dengan teliti, kerja pembetulan tidak dititikberatkan, kurang menumpukan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan teknik penyoalan yang tidak merangsang minda murid. Pendek kata penguasaan guru dalam aspek pedagogi adalah pada tahap yang asas dan minimum.,

CADANGAN:

i
Pihak guru-guru yang dipantau:
Pedagogi dalam pengajarn dan pembelajaran merupakan senjata bagi mencapai objektif dn matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Ilmu pedagogi boleh diperoleh melalui kursus sama ada jangka pendek atau jangka panjang seperti Kursus Dalam Perkhidamatan (KDP) khusus untuk peengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Institut Bahasa Melayu Malaysia atau mana-mana IPG di seluruh negara
.
Ilmu tersebut juga boleh diperoleh daripada pembacaan buku-buku berkaitan atau majalah Pelita Bahasa pada setiap bulan
.
Berbincanglah dengan guru-guru senior yang bersikap positif terhadap kerjaya keguruan.

ii
Pihak pentadbiran;
Kebijaksanaan menyesuaikan kemampuan guru dari aspek kawalan kelas, kreativiti dan lontaran suara dengan pencapaian murid mengikut kelas yang telah dikategorikan amat bertepatan sekali. Kaedah tersebut menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Pihak pentadbiran perlu mengadakan kursus dalaman sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mendedahkan guru-guru tentang pedagogi pengajaran dan pembelajaran, pemarkahan kertas peperiksaan dan BBM yang menarik supaya miniat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bertamnbah.

iii
Pihak PPD:
Program Kunjung Bantu perlu diteruskan pada masa hadapan dengan lebih kerap supaya guru-guru Bahasa Melayu diberi perhatian dengan lebih serius.

Mengadakan kursus pedagogi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih kerap terutama kepada guru-guru bukan opsyen dan guru-guru baru secara berfokus. Sebagai contoh kuirus yang berfokus tentang teknik penulisan karangan bagi murid-murid menengah rendah.





Laporan disediakan oleh Disahkan oleh

(NURSIDAH BINTI AB>HAMID)


11 FEBRUARI 2010









aporan program kunjung Bantu Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Fasa 1 2010
Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat Dengan Kerjasama
Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat

Nama sekolah : SMK Banang Jaya

Nama pemantau ; Tn.Hj. Osman Bin
Pen,Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat

Pn.Nursidah Binti Ab.Hamid
GC Bahasa Melayu
SMK Dato Syed Esa

Pn.Nooraini Binti Pairuk
GC Bahasa Melayu
SMK Datuk Menteri

Guru dipantau Pn.Azilah Binti Muharam
Tingkatan 3 Firus & Tingkatan 3 Intan

Cik Sirianizal Binti Fauzi
Tingkatan 1RK

Cik Zuriati Binti Wahab
Tingkatan 4 Geliga

Pn.Siti Aisyah Binti Abdul wahab
Tingkatan 1 Baiduri

Pn.Siti Nazurah Binti Kosnaen
Tingkatan 5 Berlian

Pn.Hasfazila Binti Senin
Tingkatan 5 Mutiara
Hasil Pemantauan:
Kekuatan guru
Guru menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan rancangan harian dengan lengkap
Guru boleh mengawal kelas dengan baik
Guru menyampaikan pelajaran dengan suara yang jelas
Guru mengajar dengan bersungguh
Guru menggunakan BBM tetapi kurang menarik
Guru memeriksa latihan murid tetapi kurang teliti dan tidak digalakkan membuat pembetulan

Kelemahan guru
Guru tidak menyoal secara menyekuruh
Guru kurang memberi pujian
Guru kurang ceria
Guru tidak memanfaatkan kecerdasan murid yang pelbagai
Guru kurang bergerak
Ilmu komsas yang disampaikan terlalu mendalam
Guru mengamalkan pengajaran berpusatkan guru
Cadangan untuk penambahbaikan
Piah pentadbir hendaklah mengadakankursus dalaman sekerap yang mungkin tentang isu p&p

Mendapatkan ilmu tentang p&p daripada guru-guru senior

Mengadkan kunjung Bantu kesemua sekolah di luar bandar dan di dalam bandar termasuk sekolah rendah

Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Karangan

Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Penulisan Karangan
Di Peringkat Menengah Rendah

Nursidah binti Ab.Hamid (Ms.PBMP)
Fairose binti Sulaiman (Med.Bahasa Melayu)
Jamaludin bin Badusah (Phd)
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak

Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah agak membimbangkan. Kelemahan tersebut jika tidak ditangani oleh guru secara pragmatik bukan sahaja pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu terjejas malahan turut menggagalkan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Antara faktor yang menyebabkan kelemahan tatabahasa pelajar tersebut ialah faktor persekitaran, pengaruh bahasa ibunda, pedagogi pengajaran guru dan sikap mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan hal itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di sebuah sekolah menengah dalam bandar di daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan sembilan aspek kesalahan morfologi pelajar telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan di samping kesalahan struktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah disarankan kepada para guru untuk menangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di bilik darjah secara terancang supaya matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah tercapai.

PENGENALAN

Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa pelajar terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para penyelidik. Antaranya kajian yang telah dilakukan oleh Foziah (1992), Narayanan (1993), Mohamad Tarmizi (1994), Noor Aina (1996), Khairudin (1997) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa kedua bagi pelajar bukan Melayu seperti pelajar Cina, pelajar India dan pelajar peribumi sama ada di Sabah dan di Sarawak tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan dan sebagainya, Tambahan pula, tidak semua manusia itu dilahirkan dwibahasa (Zulkifley, 1994) dan hal tersebut menyebabkan pembelajaran bahasa kedua di bilik darjah perlu terancang dan berkesan.
Memandangkan terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dengan bahasa kedua dalam kalangan pelajar, Lyon (1968) telah menggunakan istilah penguasaan (acquisition) untuk bahasa pertama dan istilah pembelajaran (learning) untuk bahasa kedua. Sungguhpun begitu Haliday (1970), Gleitman (1986) dalam Zulkifley (1994) menyatakan bahawa bahasa kedua boleh dipelajari melalui keadaan semula jadi (sebelum tempoh masa kritikal tamat) dan melalui kaedah terancang (selepas tempoh masa kritikal). Sehubungan hal itu, Steinberg (1982) memberikan lima sebab pembelajaran terancang bagi pemerolehan bahasa kedua di bilik darjah yang amat berbeza dengan pembelajaran semula jadi. Antara sebab tersebut ialah keadaan bilik darjah memaksa pelajar menyesuaikan diri kepada proses-proses kumpulan, disiplin dan tatacara bilik darjah; kurikulum terancang dipatuhi oleh guru untuk menyempurnakan tujuan-tujuan tertentu berkenaan bahasa yang diajar; rumus-rumus nahu dipaparkan dan guru mungkin menggunakan bahasa pertama untuk menerangkan sesuatu struktur dalam bahasa kedua; penggunaan bahasa kedua di dalam bilik darjah terhad dan guru mengunakan bahan bantu mengajar untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan oleh guru.
Banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha mencapai objektif utama pengajaran bahasa kedua. Para guru bukan sahaja berusaha untuk mencapai objektif pengajaran untuk membolekan pelajar memahami pertuturan, menghasilkan pertuturan, kebolehan membaca dan menulis bahkan guru juga memastikan pelajar boleh menghasilkan ayat-ayat gramatis dan seterusnya membina kebolehan memproses bahasa pada tahap wacana. Dalam hal ini, Juriah Long (2009) menegaskan bahawa senario pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 dipengaruhi oleh perubahan pesat yang berlaku dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia hasil daripada kemajuan sains dan teknologi serta tindakan maklumat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia dihadapkan pula dengan cabaran baru iaitu hasrat Malaysia menjadi negara maju dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan menjelang 2020. Oleh yang demikian, menurut beliau lagi, pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara Malaysia. Sejajar dengan hasrat pembangunan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan menggubah semua berdasarkan penggunaan bahasa untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu bagi menghadapi rintangan dan cabaran pendidikan alaf ke-21.
Oleh yang demikian antara tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru memilih dan menyesuaikan kaedah pengajaran bahasa kedua supaya matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).


BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi mereka yang mempunyai bahasa pertama seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Dusun. Penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memperoleh bahasa tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal tersebut menyebabkan tatacara penguasaan bahasa tersebut adalah berbeza dengan penutur jati (Hornstein dan Lightfoot 1991, Zulkifley Hamid 2000). Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua merujuk kepada bahasa Melayu yang dikuasai dan digunakan oleh penutur bukan Melayu di Malaysia.
Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan mata pelajaran bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah, menjadikan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran yang wajib dipelajari di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan sekiranya munasabah dan praktikal dan sekiranya ibu bapa lebih daripada lima belas orang murid memohon kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diadakan; menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah menengah kebangsaan, manakala bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib; dan pengajaran bahasa kebangsaan adalah wajib bagi semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar sekiranya praktikal dan munasabah, dan sekiranya lebih daripada lima belas orang ibu bapa yang memohon. Berdasarkan Akta Pendidikan 1961, ternyata bahawa peruntukan dasar bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan yang ternyata secara eksplisit dalam Akta Pelajaran 1961 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib. Hasrat ini adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967(Juriang Long, 2009).

PERNYATAAN MASALAH

Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi sekolah-sekolah menengah di negeri Johor sejak tiga tahun belakangan menjadi isu dalam kalangan pendidik di negeri ini lantaran peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar amat kecil sekali. Pada tahun 2007 pencapaian yang ditunjukkan ialah 71.74%, tahun 2008 ialah 73.82%, dan pada tahun 2009 sebanyak 73.41% (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2009). Sementara itu, keputusan Bahasa Melayu PMR bagi daerah Batu Pahat pada 2007 ialah 91.24%, tahun 2008 91.69% dan tahun 2009 ialah 91.15%. Manakala keputusan Bahasa Melayu sekolah tempat responden dipilih pada tahun 2009 ialah 86.29% berbanding 91.79 % pada tahun 2008 dan 89.24% pada tahun 2007 (Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat,2009).
Tambahan pula analisis peratus pencapaian karangan dalam kalangan responden menunjukkan tahap yang sangat lemah iaitu 12% daripada 34 pelajar memperoleh markah lulus. Hal ini disebabkan terdapat banyak kesalahan aspek tatabahasa dalam karangan yang dihasilkan. Menurut Abdul Aziz (1996), penilaian secara analisis boleh dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum balas subkemahiran penting yang berkaitan karangan misalnya dari aspek struktur dan gaya, pemilihan isi, penyusunan isi, tatabahasa, penggunaan perbendaharaan kata, dan aspek mekanis dalam penulisan karangan. Maklumat analisis tersebut merupakan asas untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar secara umum dan akan digunakan oleh guru dalam pengajaran pemulihan.
Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Batu Pahat pada 2009, bilangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di peringkat menengah rendah yang bukan opsyen adalah lebih banyak jumlahnya berbanding guru-guru opsyen Bahasa Melayu. Guru-guru tersebut bukan sahaja mempunyai pengalaman mengajar antara 01-05 tahun malah mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan seperti Teknologi Maklumat ( 15%), Akaun dan Ekonomi (10%), Alam Sekitar (02%), Sains dan Matematik (20%), Pendidikan Seni dan Muzik (15%), Sejarah dan Geografi (25%) dan lain-lain (13%). Sementelahan itu, bilangan guru opsyen yang mengajar Bahasa Melayu menengah rendah di sekolah responden ialah 16% berbanding bilangan guru bukan opsyen sebanyak 84%.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua (2002) telah menetapkan bahawa tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks ketetapan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Antara aspek morfologi yang diberi tumpuan ialah struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi bagi kata Melayu asli dan kata pinjaman bahasa Melayu, bentuk kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda, dan golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Manakala aspek sintaksis yang diberikan tumpuan pula ialah unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang, binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyususnan semula, proses peluasan dan aspek tanda baca.
Aspek tatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu PMR merupakan salah satu kriteria yang diberi perhatian dalam pemberian markah sama ada bagi penulisan karangan Bahagaian B iaitu karangan berdasarkan bahan rangsangan yang memperuntukkan 20 markah atau penulisan karangan respon terbuka iaitu karangan Bahagian C yang memperuntukkan 40 markah. Antara kriteria untuk menentukan peringkat pencapaian calon dalam karangan Bagaian B sama ada cemerlang, baik, sederhana, lemah atau belum menguasai ialah ayat yang gramatis, kata dan kosa kata yang tepat, kesalahan penggunaan kata yang minimum, ejaan dan tanda baca yang betul. Manakala kriteria untuk menentukan sesuatu peringkat calon bagi karangan respon terbuka ialah penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat, penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum, penggunaan penanda wacana yang betul, ejaan dan tanda baca yang betul, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.

KAJIAN LITERATUR

Menurut Palmer (1969), latar belakang bahasa para pelajar terhadap cara, prestasi dan permasalahan yang bakal dihadapinya dalam sesuatu bahasa baru perlu mengambil kira bahasa pertama mereka. Hal ini disebabkan bahasa pertama merupakan elemen penting yang harus diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pendapat Palmer itu, para guru perlu melihat bahasa pertama pelajar dalam usaha mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah.
Awang Sariyan (1988) melihat faktor dialek dan pengaruh bahasa ibunda ialah salah satu faktor yang menghambat kemajuan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu baku sama ada dari segi sebulan, bacaan dan tatabahasa. Oleh itu bagi pelajar Cina, mereka sukar menyebut sengauan lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat .
Nik Safiah (1992) menyatakan gangguan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam masyarkat majmuk bukan sahaja disebabkan sekurang-kurangnya empat bahasa daripada empat keluarga bahasa yang berlainan dituturkan sebagai bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, bahasa inggeris, bahasa Cina (berbagai-bagai dialek) dan bahasa Tamil (dan bahasa-bahasa lain dari India Selatan), tetapi ada juga beberapa bahasa daripada keluarga Austronesia yang dituturkan sebagai bahasa pertama, terutamanya di Malaysia Timur. Masalah gangguan tersebut terbit daripada hakikat bahawa seseorang individu (dewasa atau kanak-kanak yang telah pun menguasai sistem linguistik mencuba pula menguasai sistem linguistik yang kedua yang rendah penguasaannya, pada peringkat permulaan. Menurut Nik Safiah lagi, walaupun gangguan tersebut tidak menganggu perhubungan yang berkesan dalam kalangan masyarakat tetapi penting di peringkat persekolahan kerana bahasa bukan sahaja diajarkan dengan sepenuhnya sebagai alat pencapaian ilmu tetapi sekolah merupakan badan yang menghasilkan generasi akan datang bagi sesebuah negara.
Dapatan kajian Juriah Long et al (2003), Siti Normaninseh (2005) dan Hamidah (2004) menunjukkan bahawa sebahagian dariapada guru-guru (28%-37%) yang mengajar di sekolah-sekolah menengah tidak mengkhusus dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu semasa di institusi pengajian tinggi. Justeru, mereka bukan sahaja tidak boleh mentafsir dan menterjemah kandungan kurikulum untuk dilaksanakan secara tepat dan berkesan dalam pengajaran mereka tetapi mereka juga tidak peka terhadap kesalahan-kesalahan baahasa yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan analisis kesalahan bahasa dalam tulisan respondoen, Rosalind (2009) mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa kedua dalam kalangan peribumi Sabah dipengaruhi oleh latar belakang sosial, ekonomi dan lokasi. Manakala berdasarkan soal selidik, beliau mendapati responden sangat bergantung kepada pihak sekolah dan guru-guru, khususnya guru Bahasa Melayu. Kebergantungan tersebut perlu diseimbangkan agar para pelajar mempunyai kesedaran kendiri. Pendedahan yang meluas tentang penggunaan bahasa Melayu melalui aktiviti kebahasaan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah memainkan peranan penting untuk menanam budaya berbahasa Melayu standard.

ASPEK KESALAHAN ASPEK TATABAHASA PELAJAR CINA DALAM
KARANGAN

Dapatan analisis kesalahan tatabahasa responden menunjukkan kesalahan yang kerap dilakukan oleh mereka ialah penggunan imbuhan awalan beR, imbuhan awalan di, imbuhan awalan ke, imbuhan awalan meN dan imbuhan awalan pe. Didapati responden banyak melakukan kesalahan dalam aspek penggunaan imbuhan awalan kerana mereka keliru dengan bunyi sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan tersebut (Azman wan Chik, 1989). Manakala Abdullah (1989) menyatakan pelajar melakukan kesalahan dalam imbuhan disebabkan mereka tidak memahami fungsi imbuhan. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan ber ialah ...supaya boleh bercapai keputusan yang baik [sepatutnya ditulis ...supaya mencapai keputusan yang baik..], ...kita bertandingan... [sepatutnya ditulis...kami bertanding...], ... mereka bersembah... [sepatutnya ditulis ... mereka membuat persembahan...]. Kesalahan penggunaan imbuhan awalan di seperti ....adalah dipilih mereka [sepatutnya ditulis ...adalah untuk memilih mereka]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan awalan ke.. ialah mereka kelihatan anak-anak... [sepatutnya ditulis...mereka melihat anak-anak...], ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...], Kesalahan imbuhan meN pula adalah seperti...acara memulakan...,[sepatutnya ditulis...acara dimulakan...],....kita menyedia [sepatutnya ditulis...kami bersedia].....pihak sekolah mengadakan...(sepatutnya ditulis.... pihak sekolah mengadakan]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan pe...mengambil bahagian dalam pembarisan...[sepatutnya ditulis...mengambil bahagian dalam perbarisan], ...banyak penontong ... [ sepatut ditulis...banyak penonton...]
Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang banyak dilakukan oleh responden ialah kita. Ganti nama diri kita merujuk kepada diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (Kamus Dewan, 2005). Contoh...kita kumpulan..[sepatutnya ditulis ... kumpulan kami...] Menurut Azman Wan Chik (1989) kesalahan ini berlaku kerana pelajar mengangkap tiada apa-apa perbezaan antara perkataan kita dengan kami. Hal ini timbul kerana aspek kebudayaan berbahasa tidak mendapat perhatian yang sewajarnya sewaktu guru mengajar bahasa di bilik darjah.
Responden juga membuat kesalahan dalam aspek kata tugas bagi kata hubung dan sendi nama. Contohnya ...saya dikalahkan pada...[sepatutnya ditulis...saya dikalahkan oleh...], ....pulang rumah...[sepatutnya ditulis....pulang ke rumah],... pergi di rumah...[sepatutnya ditulis... pergi ke rumah], ...rambut yang sebagainya...[sepatutnya ditulis.... rambut dan sebagainya...]
Antara kesalahan kosa kata yang dilakukan oleh responden ialah ...acara mulai...[sepatutnya ditulis....acara dimulakan...], ....berbaris dengan sombong...[sepatutnya ditulis...berbaris dengan bangga...], ... sekolah saya menjalankan...[ sepatutnya ditulis....sekolah saya mengadakan...], ...guru besar menyampaikan...[sepatutnya ditulis...pengetua menyampaikan...], ...pukul 10.30 am...[sepatutnya ditulis...10.30 pagi....].
Responden cenderung mengeja perkataan mengikut sebutan dialek, ejaan dalam bahasa Inggeris, dan mereka tidak dapat membezakan antara ejaan bagi kata nama khas dengan ejaan bagi kata nama am. Contoh kesalahan ejaan...acara sukan dan balapar...[sepatutnya ditulis...acara sukan dan balapan...],..belajar-belajar berbaris...[sepatutnya ditulis...pelajar-pelajar berbaris...], ...comender...[sepatutnya ditulis ketua pasukan], Pada 3 March...[sepatutnya ditulis...Pada 3 Mac...], ...beberapa minutes...[sepatutnya ditulis...beberapa minit...],...100 metres...[sepatutnya ditulis...100meter...],..saya pensan...[sepatutnya ditulis...saya pengsan],...setelah programe tamat...[sepatutnya ditulis...setelah program tamat...],... hari rabu...[sepatut ditulis...hari Rabu...], ...pasukan sejohn...[sepatutnya ditulis....pasukan St.John...], ...pergi ke summit...[sepatutnya ditulis...pergi ke Pasar Raya The Summit...],dan pasukan temenggong... [sepatutnya ditulis...pasukan Rumah Temenggong...]
Semua responden didapati melakukan kesalahan dalam struktur binaan ayat. Antara kesalahan itu, Pada hari 3 March 2010... [sepatutnya ditulis, Pada 3 Mac 2010...], Ada banyak persatuan kumpul...[sepatutnya diulis...Banyak persatuan berkumpul...], Rancangan sudah mula...[sepatutnya ditulis...Acara sudah bermula...], Semua persatuan ahli teliti untuk kawad kaki...[sepatutnya ditulis, Semua ahli persatuan bersedia untuk kawad kaki]. ...memberitahu kita esok hari sukan...[sepatutnya ditulis...kami diberitahu bahawa esok hari sukan...], pergi pertandingan menyertai...[sepatutnya ditulis...pergi menyertai pertandingan...], ...memberi peserta sokongan... [sepatutnya ditulis...memberi sokongan kepada peserta...], Contoh acara terdapat ...[sepatutnya ditulis...Antara acara yang dipertandingan...], dan ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...,[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...]

Kesalahan Imbuhan Awalan



Bilangan
Jumlah
bercapai
.....................
mencapai
///
3
bertandingan
.....................
bertanding
//
2
bersembah
.....................
persembahan
/
1
berhimpunan
.....................
perhimpunan
/
1
belajar-belajar
.....................
pelajar-pelajar
/
1
belari
.....................
berlari
/
1
dipilihkan
.....................
memilih
//
2
dijalankan
.....................
menjalankan
/
1
kejohanan
.....................
johan
////
4
kelihatan
.....................
melihat
/
1
kecemasan
.....................
cemas
/
1
memulakan
.....................
dimulakan
//
2
melari
.....................
berlari
//
5
menyedia
.....................
bersedia
//
2
menadakan
.....................
mengadakan
/
1
menucapkan
.....................
mengucapkan
/
1
pembarisan
.....................
perbarisan
/
1
pemilih
.....................
dipilih
/
1




30

Kesalahan Kata Ganti Nama

Kita
.....................
kami



///// ///


8

Kesalahan Kata Tugas
saya dikalahkan pada
pulang rumah
pergi di rumah
rambut yang sebagainya
....
....
....
....
oleh
pulang ke rumah
pergi ke rumah
rambut dan sebagainya

/
//
//
/

1
2
2
1
6

Kesalahan Kosa kata
mulai
sombong
menjalankan
guru besar
10.30 am
berlaku
....
....
....
....
....
....
dimulakan
bangga
mengadakan/menganjurkan
pengetua
10.30 pagi
diperoleh

////
/
///
///
/
/

4
1
3
3
1
1
13
Kesalahan Ejaan
pensan
penontong
pograme
blapar
belajar-belajar
Metres
metar
Senjohn
March
serious
minutes
comender
maskos
summit
rabu
pasukan temenggong
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
pengsan
penonton
program
balapan
pelajar-pelajar
meter
meter
St. John
Mac
serius
minit
komander
maskot
Pasar Raya Summit
Rabu
Rumah Temenggong


/
/
/
/
///
/
/
////
/
//
/
/
//
//
//


1
1
1
1
3
1
1
4
1
2
1
1
2
2
2
23
Kesalahan Struktur Ayat
Pada hari 3 Mach 2010 .... Pada 3 Mac 2010

Ada banyak persatuan kumpul .... Banyak persatuan berkumpul

Rancangan sudah mula .... Acara sudah bermula

Semua persatuan ahli teliti untuk kawad kaki ....
Semua ahli persatuan bersedia untuk kawad kaki

Kita kumpulan kawad kaki .... Kumpulan kawad kaki kami

Memberitahu kita esok ada hari sukan .... Kami diberitahu bahawa esok hari sukan

Pergi pertandingan menyertai .... pergi menyertai pertandingan

Pada hari itu yang pagi .... Pada pagi hari itu

Memberi peserta sokongan .... Memberi sokongan kepada peserta

Selepas itu, pertama ialah pasukan temenggung ....
Tempat pertama ialah pasukan Rumah Temenggung

Contoh acara terdapat .... Antara acara yang dipertandingkan

Comender cakap berasa gembira .... Ketua pasukan menyatakan perasaan gembira

acara berlari yang sudah keluar .... setelah tamat acara larian

/////

/


////

/


//

//


//


//

//


//


////


/


i




5

1


4

1


2

2


2


2

2


2


4


1


1
29
N = 34 orang

KESIMPULAN DAN SARANAN
Kesimpulannya, dapatan analiisis menunjukkan bahawa 89% responden bukan sahaja lemah dalam penguasaan tatabahasa terutama aspek penggunaan imbuhan awalan untuk membentuk kata kerja sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif bahkan kata nama terbitan. Selain itu mereka ysng melakukan kesalahan dalam aspek kata tugas sebanyak 24%, kesalahan kosa kata 39%, dan kesalahan kata ganti diri 24%. Kesalahan responden dalam aspek tatabahasa terutama kata kerja dan elemen bahasa yang lain menyebabkan ayat yang dihasilkan mereka tidak gramatis.
Antara kesalahan kata kerja transitif yang dikesan ialah pemadanan imbuhan awalan meN dengan kata kerja dasar yang salah atau kurang tepat. Oleh itu, ayat dibina tidak gramatis kerana kata kerja transitif tidak diiikuti objek kata nama. Dengan perkataan lain, ayat-ayat yang dibina oleh responden tidak gramatis justeru idea yang hendak disampaikan kurang jelas.
Selain kesalahan penggunaan imbuhan awalan, 68% responden membuat kesalahan ejaan. Didapati pengaruh bahasa Inggeris mendominasi kesalahan ejaan responden terutama dalam penggunaan istilah tertentu. Sebanyak 86% responden pula melakukan kesalahan dalam struktur ayat. Struktur ayat yang dibina oleh responden memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda iaitu penggunaan objek kata nama pada pangkal ayat.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan pada abad ke-21, guru-guru mestilah berperanan untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa penghantar ilmu. Justeru, para guru sebagai pelaksana dasar perlu menyelesaikan beberapa masalah pendidikan bahasa Melayu sebagai agenda penting abad ke - 21. Masalah tersebut ialah masalah kualiti bahasa Melayu para pelajar dan guru, ketrampilan mengajar guru dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa. Oleh sebab itu kelemahan aspek tatabahasa dalam kalangan para pelajar berbangsa Cina perlu diatasi dengan segera oleh guru-guru supaya pencapaian mereka dapat ditingkatkan agar matlamat kurikulum bahasa Melayu akan terlaksana. Guru-guru yang mengajar para pelajar ini hendaklah sentiasa peka terhadap pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu supaya dapat dimanafaatkan oleh para pelajar.
Antara perkara yang disarankan kepada guru-guru Bahasa Melayu pada peringkat menengah rendah ialah kaedah permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (Siti Hajar,1996), kaedah terjemahan (Abdullah, 1994), kaedah terus dan kaedah sugestopedia (Zulkifley, 1994) Terdapat pelbagai bentuk permainan bahasa yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seperti kuiz dan cantuman kad. Menurut Siti Hajar (1996), permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri pelajar. Bahasa yang digunakan dalam permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Pelajar biasanya seronok apabila dihadapkan dengan permainan mencabar. Melalui permainan bahasa, secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari.
Kamarudin (1988) mencadangkan para guru menggunakan sama ada pendekatan induktif, pendekatan deduktif atau pendekatan eklektif untuk mengajar tatabahasa kepada pelajar kerana tatabahasa merupakan satu bidang yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi dan ayat-ayat dengan menggunakan formula dan peraturan tertentu. Ahmad Mahmood Musanif (2000) turut menyatakan pendekatan semantik boleh digunakan untuk menghuraikan imbuhan bagi mengatasi masalah kesalahan dalam morfologi. Akhir sekali, buku-buku lain yang perlu dibaca oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1982), Ayat Pasif Bahasa Melayu oleh Abdul Hamid Mahmood, (1992), Sintaksis Bahasa Melayu Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan oleh Ramli Haji Salleh (1995) dan Menguasai Bahasa Melayu Tinggi oleh Abdul Hamid Mahmood (2000). Manakala antara buku yang perlu dijadikan pegangan para guru Bahasa Melayu ialah Tatabahasa Bahasa Melayu oleh Arbak Othman (1981),Nahu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (1982), Tatabahasa Dewan Edisi Baru oleh Nik Safiah Karim et al (1993), Tatabahasa Dinamika oleh Abdulllah Hassan (1994), dan Kursus Bahasa Melayu oleh Abdul Hamid Mahmood (2006).



Bibliografi

Abdullah Hassan (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Abdullah Hassan (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad Mahmood Musanif (2000). huraian Penambah bahasa melayu dari pendekatan semantik dalam Monograf bil.3. Mei 2000 Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Unversiti Putera Malaysia
Awang Sariyan (1988), Isu-isu Bahasa Melaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Azman Wan Chik (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Homstein, N and Lighfoot,D. (1981). Exploration in linguistics:The Logical problem of language acquisition. New York:Longman Group Limited
Foziah Hashim (1992). Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan Kerja dalam karangan pelajar tingkatan empat di SMK Tun Syed Sheikh Barakbah,Sg. Bakap, Pulau Pinang. Penulisan Ilmiah
Juriah Long (2009). “Pendidikan Bahasa Melayu Pada Abad ke-21: Antara Hasrat dengan Pelaksanaan” dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, 28-30 September 2009
Jabatan Pelajaran Johor (2009). Keputusan PMR 2007-2009
Kamarudin Husin (1988), Pedagogi Bahasa.Kuala Lumpur:Longman
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (1971). Laporan Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Kuala Lumpur
Khairudin Ismail (1997). “Analisis binaan ayat dalam penulisan karangan pelajar sekolah menengah” dlm. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Okt. 1997
Lyon, J. (1968). Introduction to Teoretical Linguistics, London: Unversiti Cambridge
Mohamamed Tarmizi Razali (1994). Gangguan Bahasa Ibunda dalam Kalangan pelajar Orang Asli dalam pembelajaran bahasa Melayu di sebuah sekolah di Tapah, Perak. Penulisan Ilmiah Bacelor Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang
Narayanan Kunchi Raman (1993). “Kesalahan bahasa dalam karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil)” dlm.Jurnal Dewan Bahasa. Mei. hal.456-465
Nik Safiah Karim (1981). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka
Nor Aina Dani (1996). “Sistem antarabahasa dalam pemerolehan bahasa kedua” dlm. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka Nov.1996
Palmer, F.R (1969). Prosodic Analysis, London : Longman
Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat (2009).Keputusan PMR 2007-2009
Rosalind Gelunu (2009). “Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Penulisan Karangan Pelajar Peribumi Sabah” dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Dunia, 28-30 September 2009
Steinberg, D.D.(1982). Psycholinguistic:Language, Mind and Word. London:
Longman
Zulkifley Hamid (1994).Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Zulkifley Hamid (2000). “Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Malaysia : Hambatan dan Permasalahan” dlm. Dewan Bahasa 44: 8 Ogos hal.818-825

Sabtu, 8 Mei 2010

TEKS UCAPAN KPPM DLM MSSM 2010









TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
Y. BHG.TAN SRI DATO’ ALIMUDIN BIN HJ. MOD. DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA





MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
MSSM KALI KE-52

19 MEI 2010 (RABU)
8.00 MALAM

STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS
JOHOR BAHRU




DISEDIAKAN OLEH
NURSIDAH BINTI AB.HAMID
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
SMK DATO SYED ESA, BATU PAHAT
10 april 2010



1. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunus, Johor Bahru, Johor, pada malam ini untuk menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia Edisi ke-52 Tahun 2010.

2. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang mewakili kontinjen Majlis Sukan Sekolah Negeri dari seluruh negara dan peserta dari Kontinjen Negara-negara Asean yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YAB Tan Sri Muhyidin bin Haji Mohd. Yasin, Timbalan Perdana Menteri atas kesudian beliau melapangkan masa bersama-sama kita dalam majlis ini.

3. Saya sungguh gembira dan berbesar hati dengan usaha yang ditunjukkan oleh Majlis Sukan Sekolah Johor yang bersungguh-sungguh menjayakan kejohanan yang berprestij ini. Walaupun kejohanan berlangsung pada hari persekolahan, namun komitmen para pegawaii dan guru-guru amat luar biasa. Sesungguhnya, kejohanan kali ini telah memberi peluang terbaik kepada semua peserta, guru-guru dan pihak pengurusan untuk mempamerkan keupayaan dan kemampuan sebenar dalam usaha meraih gelaran di peringkat kebangsaan.


Hadirin yang dihormati,
4. Tidak dapat dinafikan bahawa kejohanan balapan dan padang yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Malaysia pada kali ini merupakan satu usaha untuk pemerkasaan semula sukan di negara kita. Oleh itu semua acara sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan kali ini, merupakan acara sukan yang telah dipertandingan sama ada di peringkat sekolah, daerah, dan negeri. Ironiinya, para peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini merupakan juara di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Sehubungan itu, mulai tahun 2010 acara sukan di seluruh negara dipergiat bertujuan untuk memeriahkan lagi sesuatu temasya sukan.

5. Selain itu, penganjuran kejohanan kali ini juga bertujuan untuk mengantarabangsakan kejohanan. Oleh sebab itu pihak penganjur mengharapkan penyertaan daripada banyak pihak terutama pendokong program seperti peserta, pegawai kejohanan dan pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dari seluruh negara, penyertaan dari negara-negara Asean serta penyokong kejohanan yang terdiri daripada masyarakat setempat, ibu bapa dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Dengan kolaboratif antara pihak pendokong program dengan pihak penyokong program, diharapkan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM tahun 2010 dapat dijayakan dengan cemerlang.

6. Bersempena kejohanan kali ini, Karnival Pendidikan atau Pendidikan Sukan turut diadakan. Antara pengisian karnival adalah seperti hari bertemu pelanggan dan pameran pendidikan yang melibatkan pihak swasta, institut pengajian tinggi dan institut keguruan. Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan masa terluang dengan berkunjung ke pameran pendidikan yang berlangsung sepanjang kejohanan. Ibarat serampang dua mata, penyertaan para peserta dalam kejohanan kali ini bukan sahaja bertanding untuk meraih kemenangan dan keujaraan malah para peserta diberikan input tentang perkembangan pendidikan terkini.

Hadirin yang dihormati,
7. Kejohanan Balapan dan Padang MSSM kali ke-52 bagi tahun 2010 berlangsung selama empat hari, mulai 19 Mei – 22 Mei 2010 berjaya menghimpunkan 1806 peserta dan pegawai dari dalam dan luar negara. Penyertaan dari dalam negara sebanyak 1506 iaitu 598 peserta lelaki, 535 peserta perempuan, 299 pegawai lelaki dan 74 pegawai perempuan Mereka mewakili kontinjen MSSN setiap negeri manakala sebanyak 130 penyertaan dari luar negara yang terdiri daripada 50 peserta lelaki, 50 peserta perempuan, 20 pegawai lelaki dan 10 pegawai perempuan.

8 Para peserta dari dalam negara dibahagikan kepada enam peringkat umur iaitu L/P18, 15, dan 12 tahun.
Jumlah acara yang dipertandingkan adalah seperti beriku;
· bagi L18 - ialah 21 acara,
· L15 -17 acara dan L12 ialah 08 acara.
· Manakala acara yang dipertandingkan bagi P18 sebanyak 20 acara,
· P15 sebanyak 16 acara
· dan P12 sebanyak 08 acara.
· Sementara itu, acara bagi peserta luar negara iaitu dari negara Asean ialah 4x100 meter lelaki dan 4x100 meter perempuan.

9 Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan sekalung tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyidin Bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri, Pengarah Pelajaran Johor, Ketua-ketua kontinjen , Pegawai-pegawai Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia, Pegawai-pegawai Kejohanan, semua peserta kejohanan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik tolak kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia di negara kita.

Sekian, terima kasih.

Dedikasi Untuk Tuan Haji Yacob bin Karim

Memahat Sejarah Di Persada Dunia

JAUH berjalan luas pandangan merupakan peribahasa Melayu yang amat sinonim dengan pengembaraan dalam kalangan penulis di negara kita. Mereka pergi ke seluruh negara hatta ke seantero dunia untuk menambah ilmu secara langsung. Pemerolehan pengalaman melalui pengembaraan telah dirintis oleh Abudllah Munsyi, Bapa Kesusasteraan Moden yang telah mengahasilkan “Hikayat Pelayaran Abdullah” pada awal abad ke-19. Karya tersebut dihasilkan setelah Abdullah membuat pelayaran ke negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Pengalaman sebenar yang dilalui telah dicatat dengan begitu indah oleh Abdulllah untuk menghidupkan karyanya. Kini tulisan beliau dikategorikan oleh para pengkritk sastera sebagai karya aliran realisme.
Hal yang sama turut dilakukan oleh kebanyakan penulis di negara kita, sama ada penulis veteran, penulis prolifik atau penulis karya eceran, Pengalaman sewaktu mengembara dijadikan wacana oleh mereka untuk menelurkan idea dalam penghasilan sesebuah karya. Sebagai contoh Hashim Awang dengan novelnya “Air Mata Di Bukhara” telah memuatkan pengalaman beliau ketika mengembara di bumi Rusia. Hashim lewat karyanya itu antara lain telah mencatatkan kisah benar tentang beberapa buah masjid lama yang telah dijadikan pusat hiburan oleh masyarakat di sana. Tidak ketinggalan juga novel “Nostalgia Padang” yang ditulis oleh Dzul Karnain Ithnain. Dalam “Nostalgia Padang” penulis telah memuntahkan pengalaman sewaktu membuat kajian lapangan tentang susur galur bangsa Melayu di Afrika Selatan. Penulis lain yang turut menjadikan pengalaman ketika berada di negara asing sama ada menjadi pengembara, pekerja atau pengkaji sebagai bahan penulisan ialah Sasterawan Negara, A.Samad Said (India) Anis Sabirin (Amerika Syarikat), Zaharah Nawawi (Perancis), Faizal Tehrani (Turki) dan H.M.Tuah (German). Pengalaman di bumi asing terbukti menjadi rencah penulisan yang mampu menarik selera pembaca terhadap karya-karya yang dihasilkan.
Sekadar menyenaraikan beberapa penulis seperti di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengalaman yang diperoleh seseorang ketika berkunjung ke sesuatu tempat mampu menambah pengetahuan dan pengalaman yang amat menepati maksud peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Sungguhpun demikian, tidak semua orang berpeluang mengembara atau melancong ke luar negara lantaran peluang yang terhad sekali. Namun dalam mengapai impian berkunjung ke negara orang agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan barisan penulis tersohor di negara kita, saya perlu kreatif memanfaatkan ruang dan peluang untuk mengenali sesuatu bangsa dan negara asing walaupun berada di bumi Malaysia dalam suasana persaudaraan sejagat. Dalam hal ini perhimpunan pengakap atau jambori merupakan medium pertemuan warga pengakap dari seluruh dunia. Selain itu, menyertai sesuatu persidangan di peringkat antarabangsa juga merupakan salah satu cara saya untuk mengenali budaya orang lain. Walaupun pertemuan dengan orang luar dalam jambori dan persidangan antarabangsa dilakukan dalam tempoh masa yang singkat dan ruang yang terhad, namun pengalaman bersama-sama mereka mampu memberi sedikit ilmu kepada saya dalam usaha menelurusi kehidupan untuk memahat sejarah di persada dunia.

* * *

Permulaan langkahku untuk mencatat sejarah sendiri di persada dunia bermula pada 1972 iaitu ketika usiaku menginjak 13 tahun. Ketika itu julung kalinya aku menyertai Jambori Malaysia Ketiga di Taman Bunga berdekatan Istana Besar Bukit Serene, Johor Bahru, Johor, bersama-sama 16 ahli pengakap dari Pasukan Lapan Semerah seperti Mastura, Supian, Yusof dan Zain dibawah pimpinan Cikgu Yaacob Bin Abdul Karim (kini Pesuruhjaya Pengakap Johor). Encik Noh Hamim jurulatih pasukan juga turut serta. Kami ke sana dengan bas sekolah yang disewa khas oleh pemimpin pasukan.
Semua aktiviti sepanjang jambori itu seperti merempuh halangan yang dikendalikan oleh pasukan Angkatan Tentera Malayia (ATM) berjaya kulakukan. Tidak dapat kulupakan betapa sukarnya memajat tembuk konkrit setinggi 3 meter, merangkak di bawah dawai berduri, meraduk lumpur dan melakukan “monkey bridge”. Keterujaanku melakukan aktiviti tersebut adalah sangat tinggi semata-mata untuk mendapatkan beberapa keping lencana yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Selain itu, aku turut menyertai pasukan koir bersama-sama guru pelatih dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) Johor bahru untuk dipersembahan dalam majlis perasmian pembukaan dan perasmian penutupan jambori yang telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor. Persembahan koir tersebut amat gah kerana dijayakan oleh 300 peserta koir dan diringi oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Jambori yang disertai oleh oleh 3,000 peserta dari dalam dan luar negara itu meningalkan kenangan terindah dalam hidupku. Bukan sahaja peserta dari negara-negara ASEAN malah peserta dari Australia, New Zeland, Britain dan Canada turut kutemui dalam jambori itu. Selain itu, aku berkesempatan menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh Kontinjen Laos, Kontinjen Vietnam, Kontinjen Thailand dan Kontinjen Indonesia. Walaupun usia penglibatanku dalam pasukan pengakap ketika itu baru setahun jagung, namun pihak pengurusan Kontinjen Johor memberi kepercayaan kepadaku untuk menyertai undangan kontinjen dari luar negara bersama-sama pemimpin veteran dalam majlis rumah terbuka tersebut. Dalam majlis itu, banyak pengalaman yang kuperoleh. Antaranya ialah sajian istimewa yang disajikan untuk mengalu-alukan tetamu yang hadir. Kesimpulan yang boleh kubuat semasa mengunjungi rumah terbuka itu adalah tentang persamaan makanan bagi negara-negara ASEAN iaitu dari aspek penyediaan makanan dan rasanya. Hampir kesemua makanan yang dihidangkan ialah masakan yang digoreng, rasanya pedas, masin, masam dan manis. Senario tersebut jelas sekali menggambarkan mereka mempunyai latar budaya yang hampir sama atau serumpun bangsa daripada keluarga Nusantara.

* * *
Langkahku setelah dua dasawarsa. Pada 2006 aku terpilih menyertai Kontinjen Johor dalam Jambori Nasional (JAMNAS) Indonesia di Kiarapayung, Jatinangor, Bandung, Selama 10 hari aku di sana. Tugas yang diamanahkan kepadaku ialah penyelaras persembahan kebudayaan kontinjen. Tanggungjawab tersebut kugalas dengan sebaik-baik mungkin demi imej negara Malaysia di mata dunia. Sebelum pemergian, kupohon kerjasama rakan-rakan sekontinjen dan beberapa orang penduduk di Tanjung Labuh, Batu Pahat untuk membentuk kumpulan penari zapin yang dianggotai oleh enam orang pengakap muda lelaki berumur antara 14 -15 tahun. Tidak dapat kulupakan jasa dan pengorbanan Makcik Tijah yang sanggup melatih penari zapin bidan terjun itu selama dua bulan. Sejak itu aku mula mengenali pelbagai jenis tarian zapin di Johor seperti Zapin Pekajang, Zapin Gelang Patah, dan Zapin Tenglu.
Di samping itu, aku dipertanggungjawabkan juga mengiringi dua peserta pengakap remaja perempuan dari Kumpulan 136, Persekutuan Pengakap Malaysia Batu Pahat. Selain itu, persediaan kelengkapan untuk ke sana juga menjadi cabaran bagiku kerana lokasi perkhemahan dimaklumkan terletak di lereng bukit. Selain itu, cuaca sejuk terutama pada waktu malam dan hujan ribut yang boleh meranapkan khemah cukup memeningkan dan menyulitkanku.
JAMNAS di Bandung itu berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000 peserta dari seluruh Indonesia dan peserta dari luar negara. Kontinjen Malaysia dianggotai oleh 35 peserta termasuk 10 peserta perempuan. Kawasan khemah peserta perempuan dan peserta lelaki dipisahkan oleh berpuluh-puluh gerai yang menjual kraf tangan, makanan dan pakaian yang jaraknya 3 km antara satu sama lain. Pemandangan di kawasan perkhemahan saujana mata memandang dan seolah-olah aku berada di padang Arafah bersama-sama umat islam lain melakukan wukuf .
Memandangkan jumlah peserta yang terlalu banyak, maka masalah bekalan air bersih dan kemudahan asas lain turut terjejas. Peserta perempuan dari Malaysia berusaha pergi ke kampung berdekatan untuk mandi di sumur milik para pesawah yang terletak di tepian kali, di kaki gunung jauh di pedalaman. Indah nian pemandangan di situ. Manakala udaranya segar dan amat menyamankan. Kuceritakan kepada anak-anak di bawah jagaanku tentang serangkap pantun Melayu yang menggunakan imej alam dan gambaran masyarakat petani yang menyamai ciri-ciri kehidupan petani di situ. Uniknya, pantun tersebut sering dinyanyikan oleh ahli pengakap Malaysia dan pramuka Indonesia.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

Promosi Jambori Johor 2008 dilakukan secara besar-besaran di JAMNAS. Kain rentang yang mengandungi tarikh dan tempat berlangsungnya Jambori Johor 2008 tergantung di seluruh tapak khemah Kontinjen Malaysia. Manakala peserta Kontinjen Malaysia pula menjadi buruan peserta tempatan. Kami lemas dalam keramaian kerana terlalu banyak yang ingin merakamkan gambar kami untuk kenang-kenangan selain bertanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jambori Johor 2008.
Pada pandanganku seseorang pengakap yang menyertai JAMNAS tidak akan berasa kerugian. Hal ini disebabkan bayaran penyertan termasuk bayaran makan lima kali sehari selama seminggu termasuk kos pengangkutan dan perkhidmatan lain ialah RM 1,000 sahaja. Para peserta bukan sahaja dilayan sebagai tetamu kelas pertama malah begitu disanjung terutama ketika peserta dari luar negara termasuk Kontinjen Malaysia dibawa wisata (melancong). Sudahlah kenderaan yang kami naiki berhawa dinggin malah diriingi pula oleh kernderaan polis untuk menjamin keselamatan para peserta. Setiba pula distinasi yang dituju kami disambut dengan meriah oleh barisan pramuka di sepanjang kiri kanan jalan, paluan hadrah dan iringan pasukan pancargam. Aku begitu tertarik dengan sajian makanan tempatan dalam setiap majlis yang kuhadiri kerana makanan tersebut dibuat daripada pisang dan ubi serta disajikan secara kreatif tradisional iaitu menggunakan daun pisang sebagai acuan. Oleh itu, aku sangat terharu atas budi bahasa dan layanan baik yang diberikan oleh masyarakat di Kabupaten Sukabumi dan di Gua Buni Ayu.
”Mampukah kita melayani mereka seperti ini apabila mereka datang ke Johor” Bisikku kepada Cikgu Yaacob dalam satu majlis meraikan kami.
”Sambutan seperti inilah yang patut awak pelajari dan lakukan apabila mereka ke Johor kelak”
Jawapan Cikgu Yaacob menjadikan diriku terkesima. Aku melihat tamadun bangsa Indonesia amat utuh walaupun mereka menongkah arus kemodenan dan globalisasi. Hal ini digambarkan melalui adat resam mereka ketika menyambut tetamu dalam penganjuran sesuatu majlis. Tutur kata masyarakat setempat yang sopan dan adab yang santun amat mengakumkan para tetamu.

* * *
Pada 2007 aku dipertanggungjawabkan pula untuk mengetuai Kontinjen Malaysia yang dianggotai oleh seorang penolong ketua kontinjen dan 6 orang pengakap kelana dari Kumpulan 136 Persekutuan Pengakap Malaysia Batu Pahat dalam perhimpunan kelana di Brunei yang dikenai sebagai First Brunei Rover Moot. Perhimpunan tersebut diadakan di Bandar Seri Begawan, Kami berada di sana selama 13 hari dan satu perkara yang tidak akan kulupakan ialah pengalaman kami menyambut satu Ramadan 1427 di sana.
Promosi Jambori Johor 2008 turut diadakan di Brunei. Seperti JAMNAS di Bandung, Kontinjen Malaysia mempersembahkan beberapa tarian seperti tarian inang, joget dan zapin di samping kami mengambil bahagian dalam aktiviti berhalangan, forum dan kerja-kerja kemasyarakatan. Perkhemahan Rover Moot di Brunei telah meningalkan kenangan tersendiri kerana kami terpaksa menginap di asrama disebabkan kawasan khemah dilanda banjir. Oleh itu, para peserta tinggal di asrama pengakap yang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Pengakap Brunei yang terletak di Jalan Gadong, di samping menikmati makanan tiga kali sehari di restoran bertaraf lima bintang yang terletak di bahagian bawah bangunan yang sama.
Kemewahan hidup rakyat di negara Brunei jelas tergambar melalui kenderaan mewah yang disediakan untuk Kontinjen Luar Negara. Para peserta turut diberi kesempatan menaiki bot laju ketika melawat kampung air dan kapal laut Tentera Diraja Brunnei semasa berkunjung ke kawasan pedalaman seperti Temburong yang terletak di hujung negeri dan bersempadan dengan Sarawak. Sesungguhnya masyarakat Brunei ialah saudara kita yang hanya dipisahkan oleh oleh garisan politik.

* * *

. Seperti yang diuar-uarkan, Jambori Antarabangsa Johor Ke-24 berlangsung pada 15 – 20 Novemberi 2008 di tapak perkhemahan Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat yang terletak kira-kira 20 km dari Bandar Penggaram. Tapak perkhemahan yang boleh memuatkan 4,000 peserta telah menjadi padat kerana dikunjungi peserta yang melebihi 6,000 orang.. Hal ini disebabkan penyertaan kontinjen dari dalam negara amat menggalakkan. Hampir kesemua negeri di Malaysia telah menghantar pasukan pengakap masing-masing. Tambahan pula penyertaan kontinjen dari luar negara melebihi jangkaan. Kontinjen dari Kepulauan Riau dan Kontinjen Jakarta dianggotai lebih kurang 400 peserta. Manakala kontinjen dari Kepulauan Maldives pula dianggotai oleh 3 peserta dan merupakan bilangan peserta yang paling kecil. Jumlah penyertaan yang banyak mungkin disebabkan iklan dan promosi Jambori Antarabangsa Johor yang dilakukan di seluruh negara dan di luar negara sejak 2006. Oleh itu, pengajaran yang kuperoleh daripada hal itu ialah usaha membawa banyak orang luar ke daerah kita dapat dijayakan jika dilakukan dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh. Sungguhpun begitu komitmen daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan sesuatu program bertaraf dunia seperti jambori tersebut meninggalkan impak positif.
Dalam jambori tersebut pelbagai pengalaman kuperoleh. Oleh sebab itu, dalam kesibukan tugasku sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu, keterujaan menerima bebeberapa lantikan jawatan sepanjang jambori berlangsung tidak kulepaskan begitu sahaja. Sebagai contoh aku menerima tanggungjawab sebagai Setiausaha Kontinjen Batu Pahat yang mengelolakan 350 peserta yang dianggotai oleh pengakap dari seluruh daerah. Peserta dari Kumpulan 136 adalah sebanyak 129 orang, hampir separuh daripada jumlah peserta kontinjen Batu Pahat. Sungguhpun begitu, segala cabaran pengurusan dapat kuatasi dengan jayanya kerana kerjasama padu yang diberikan oleh ahli jawatankuasa kontinjen yang terdiri daripada penolong-penolong pemimpin. Tidak akan kulupakan jasa baik dan pengorbanan mereka seoanjang perkhemahan berlangsung. Antaranya, pengorbanan daripada Ijat, Abang Enal, Rafiq, Mimah, Irrinna, Izan, Huda, Hizam, Nuar, Khee Phang dan banyak lagi yang tidak dapat kusebutkan di sini.
Sementelahan itu di peringkat jawatankuasa pengelola pula, aku ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa sambutan perasmian pembukaan dan perasmian penutupan, di samping menyediakan teks ucapan alu-aluan dan teks perasmi jambori. Memang nampak sedikit tugas tersebut namun tanggungjawabku berat lantaran ketiadaan kerjasama daripada pihak lain. Tambahan pula, aku terpaksa menyediakan beberapa peserta yang membawa enam set bunga pahar, 10 batang bunga manggar. Bukan itu sahaja aku turut menguruskan persembahan gamelan sepanjang majlis penyampaian hadiah, pingat dan cenderamata dalam majlis penutup jambori. Demi menjayakan persembahan gamelan pada malam itu, aku terpaksa bertukar kenderaan dengan pemandu bas yang SM Teknik, Batu Pahat. Hal ini disebabkan bas tersebut diperlukan bermalam di tapak perkhemahan untuk menyimpan kesemua alatan gamelan kerana faktor keselamatan.
Pengajaran yang kuperoleh daripada penglibatan dalam beberapa tugasan yang dimanahkan di peringkat negeri dan antarabangsa semasa jambori itu ialah pengorbanan ikhlas dalam bidang sukarelawan tidak menjanjikan pulangan dalam bentuk material namun kebahgian kunikmati melalui sanjungan budi dan keikhlasan hati rakan-rakan seperjuangan.

* * *

29.09.2009 merupakan tarikh yang tidak akan kulupakan dalam hidup ini. Seperti biasa, aku akan menghubungi Cikgu Yaacob Bin A.Karim untuk memaklumkan perkembangan tentang kerjaya dan pencapaian akademik terkini diriku kepadanya. Hal ini disebabkan beliau merupakan insan yang telah banyak berjasa dan sentiasa mendorongku untuk mencapai kejayaan dalam Pasukan Pengakap Malaysia. Namun pada tarikh itu, aku hanya menghantar SMS untuk bertanya khabar tentang kesihatan beliau di samping memaklumkan tentang penyertaanku dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Dunia di Bangunan PERSADA, Johor Bahru, Johor. Beliau amat berbangga atas kejayaanku serta memanjatkan kesyukuran atas kejayaanku menjadi salah seorang daripada 50 pemakalah dari seluruh dunia dalam persidangan itu. Hal ini membuktikan bahawa anak didik Cikgu Yaacob mampu duduk sama rendah dan berdri sama tinggi dengan pemakah dari Singapura, Indonesia, Rusia, Jepun dan China untuk membicarakan beberapa disiplin ilmu dalam bidang bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu.

* * *

Sebenarnya, aku melihat kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang pekerjaan yang dilakukan, terutama dalam bidan pendidikan memerlukan seseorang guru itu jujur dan ikhlas mendidik di samping meletakkan niat amal makruf anil munkar. Memang banyak cabaran yang mendatang dari pelbagai sudut namun ketabahanku seteguh karang di lautan dalam mengharungi dugaan dan kesusahan hidup telah menjanjikan kejayaan yang manis dan harum semerbak pada hari ini. Oleh itu, dalam konteks pendidikan di negara kita pada hari ini, usaha guru untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia menjadi bertambah payah jika individu guru itu sendiri kekeringan idea dan kedangkalan imu dalam mengemudi profesion keguruan yang ditekuninya. Oleh itu sewajarnya para guru pada alaf ini mengorak langkah mempertajam minda untuk merealisasikan wawasan pendidkan negara bertaraf dunia apatah lagi untuk memahat sejarah di persada dunia seperti yang telah dilakukan oleh guru-guru kita pada suatu masa dahulu. Sampai bila-bila, jasa dan pengorbanan Cikgu Yaacob bin Abdul Karim akan kukenang dan kuabadikan dalam karyaku walaupun karyaku tidak sehebat karya Abdullah Munsyi, A.Samad Said, Hashim Awang, atau Faizal Tehrani yang amat prolifik walaupun usianya masih muda.
”Terima kasih cikgu kerana berjaya merealisasikan impianku memahat sejarah di persada dunia”

- tamat -

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU BP